Friday, April 3, 2009

Macamana mau hilang stresss...

SEMUA orang biasa mengalami tekanan dalam hidup.Cuma yang bezanya adalah adakah seseorang itu mampu menghadapi dan menangani tekanan dengan baik atau sebaliknya hingga ada yang bertindak diluar batasan kerana terlalu tertekan.Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan untuk mengurangkan tekanan kerja atau hidup.Antaranya ialah : -

1) BIASAKAN DIRI DALAM KEADAAN BERWUDUK

- Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan.Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.Para pelajar misalnya,disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati .

2) PERBANYAKKAN MEMBACA AL-QURAN

- Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat.Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur.Oleh itu,jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.Membaca Al-Quran juga mampu membuatkan kita tenang sekaligus melupakan masalah yang sedang dihadapi .

3) BANYAKKAN SOLAT SUNAT

- Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah,kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat kita sehari-hari.Antaranya,dengan mendirikan solat sunat.Solat sunat hajat,solat sunat taubat,solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam.Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) SELALU BERDOA KEPADA ALLAH

- Allah selalu berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya.Ini beerti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan perlulah dilakukan secara berterusan.Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat,tengah malam,pagi sebelum waktu Subuh,malam hari raya,ketika sewaktu azan dan iqamah.Insya-Allah,Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.Namun,kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha bersunguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu disamping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH

- Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup.Semuanya itu adalah ujian daripada Allah S.W.T yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya.Oleh itu,kita mestilah Bersangka baik kepada Allah dan janganlah menyalahkan DIA jika terjadi sesuatu pada diri kita.Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik satu-satu kejadian itu.

6) LAKUKAN KEGIATAN LUAR SEPERTI BERSUKAN DAN BERIADAH

- Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas.Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh seperti bersukan.Situasi ini akan menjadi lebih mengembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga beriadah.Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) AMAL DIET DENGAN DISIPLIN YANG KUAT

- Pengambian makanan berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja.Oleh itu,cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat.Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik lain seperti lemah jantung,darah tinggi mahupun kencing manis.

8) MENANGIS DENGAN SEPUAS HATI

- Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan dalam sehelai kertas.Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “ Luaran lain hati lain ” .Ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan,mereka seolah-olah tidak menunjukkan masalah mereka itu.Sebagai contoh,mereka sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui.Maka dengan itulah,menangis adalah salah sartu cara kita dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.Menangislah sepuas-puas hati hingga anda berasakan sedikit kelegaaan.

9) HARGAI KEBOLEHAN DIRI SENDIRI

- Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri.Apabila kita mempunyai keyakinan diri,maka kita tidak akan mempunyai masaalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja.Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masaalah.Apa yang penting ialah,kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) CINTAI DIRI SENDIRI

- “ Cintailah diri kamu sebelum kamu mencintai diri orang lain ” .Jelas maksud sepotong hadis ini,kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain.Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas.Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuma.

2 comments: